BLOG RASMI SMK VALDOR

BLOG RASMI SMK VALDOR

Wednesday, December 2, 2009

Lantikan Baru Untuk Jawatan Pentadbiran Sekolah

Pelantikan Baru oleh JPN PP untuk Jawatan Pentadbiran Sekolah mulai 1.12.2009 adalah seperti berikut:

En. Teoh Seang Kim sebagai Guru Cemerlang Bahasa Cina
Pn. Goi Goit Sim sebagai Penolonh Kanan Pentadbiran
En. Heng Ah Bee sebagai Penolong kanan Hal Ehwal Murid
En. Asudas A/L Esiah sebagai Penolong Kanan Petang

Tahniah diucapkan kepada keempat-empat orang guru SMK Valdor atas kecerlangan perkhidmatan dan kenaikan pangkat.

Sekian, harap maklum.

Friday, November 20, 2009

CUTI SEKOLAH BERMULA

Cuti sekolah akan bermula dari 21.11.2009 hingga 3.1.2010
Pendaftaran pelajar Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu
dijadualkan pada masa dan tarikh berikut:

Tarikh : 15.12.2009
Masa : 8.00 - 4.00 pm
Tempat: Dewan SMK Valdor

Selamat bercuti dan bertugas kepada semua warga SMKV sepanjang masa cuti.

Saturday, November 14, 2009

Sijil Pelajaran Malaysia

Peperiksaan SPM dijadualkan bermula pada tarikh dan masa berikut.

Tarikh: 18.11.09 hingga 16.12.09
Masa: 8.00am hingga 4.30 pm
Tempat: Blok E dan Blok F SMK Valdor

Semua calon mesti hadir pada tarikh dan masa peperiksaan yang ditetapkan. Pihak sekolah mengucapkan selamat berjaya dan cemerlang sepanjang masa peperiksaan.

Mesyuarat Guru dan Jamuan Tahunan KGKT

Mesyuarat Guru da jamuan tahunan akan diadakan pada masa dan tarikh berikut:

Agenda : Mesyuarat Guru
Tarikh :14.11.09
Masa : 8.30 am -12.00pm
Tempat: Bilik Mesyuarat SMK Valdor

Agenda :Jamuan Tahunan KGKT 2009
Tarikh: 14.11.09
Masa: 12.30 pm -3.00pm
Tempat: Kantin SMKV

Semua guru dijemput hadir Terima kasih.

Tuesday, October 27, 2009

Kelas Ganti Hari Deepavali

Kelas Ganti dijadualkan pada Tarikh, Hari dan Masa berikut:
Tarikh: 31.10.09
Hari: Sabtu
Masa: Mengikut Masa Kelas Hari Selasa
Semua pelajar dan guru diharap maklum.
Sekian, terima kasih

Thursday, October 1, 2009

PENILAIAN MENENGAH RENDAR (PMR)

Semua pelajar Tingkatan 3 akan menduduki PMR pada minggu depan. PMR dijadualkan seperti Tarikh berikut:

Tarikh: 7 Oktober hingga 13 Oktober 2009
Hari : Rabu hingga Selasa minggu depan
Masa : 8.00 am hingga 4.30 pm

Semoga semua pelajar mendapat kejayaan cemerlang dalam PMR tahun ini.

Tuesday, August 4, 2009

Kursus EduWeb TV


Kursus Ini akan dijalankan pada masa dan tarikh berikut:
Tarikh: 8.8.2009 (Sabtu)
Masa : 7.30 - 2.00 pm
Tempat: Makmal Komputer
Semua guru dijemput hadir, terima kasih.

Monday, July 27, 2009

UJIAN KEMAJUAN KE-2 2009

Ujian Kemajuan Ke-2 akan bermula pada tarikh berikut:

Pelajar Tingkatan Tiga dan Tingkatan Lima
Tarikh: 28 Julai hingga 30 Julai 2009

Pelajar Tingkatan Dua dan Tingkatan Empat
Tarikh: 18 Ogos hingga 20 Ogos 2009

Diharapkan Semua pelajar akan bersedia menduduki ujian ini demi kecemerlangan masa depan.

Tuesday, July 14, 2009

LDP Terkini

Kursus-kursus yang akan dijalankan untuk warga SMKV:

Kursus Kemahiran Asas Permainan (25.7.09)
Kursus Geometer' Sketch Pad (1.8.09)
Kursus Eduwed TV (8.8.09)
Kursus Pengurusan Data Disiplin Pelajar dan Pengurusan Kewangan (12.9.09)

Harap maklum.

Saturday, May 16, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP 2009)

Kursus Pertuturan Dan Penulisan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dijalankan pada tarikh dan masa berikut:
Tarikh : 16 Mei 2009
Masa : 7.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SMK Valdor

Kursus Peningkatan Profesion Dalam Pemrealisasi Item dijalankan pada tarikh dan masa berikut:
Tarikh : 22 Mei 2009
Masa : 7.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SMK Valdor

Kursus Pembestarian Sekolah dan Pengurusan Peperiksaan dijalankan pada tarikh dan masa berikut:
Tarikh : 20 Jun 2009
Masa : 7.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SMK Valdor

Tuesday, May 5, 2009

Pertandingan Bahas Bahasa English Negeri Pulau Pinang






Tempat : Dewan Seminar PPD Selatan, Pulau Pinang
Tarikh dan Masa : 30 April 2009, 9.30 am - 1.00 pm
Pengajur : Anjuran bersama SMK Valdor dan SMK Sg. Jawi

Pertandingan ini telah berlangsung dengan berjaya dan pemenang Tempat Pertama dalam pertandingan ini dari SMK Free School dan Tempat Kedua dari SMK St. George.

Thursday, April 16, 2009

SUKAN TAHUNAN 2009

Sukan tahunan SMK Valdor 2009 akan diadakan pada tempat dan masa berikut:

Tarikh dan Hari : 18 hb April 2009 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 pm
Tempat : Padang SMK Valdor


Semua pelajar dan Hadirin dijemput datang menyertai dan menyaksikan acara sukan yang
menarik ini.

"Majukan Sukan Negara Kita"

Thursday, April 2, 2009

CROSS CULTURAL MELODIOUS MUSIC SHOW 2009

Wednesday, April 1, 2009



The Universiti Teknologi PETRONAS Orchestra Chinese Musical (UTPOCM) in collaboration with SMK Valdor Chinese Orchestra will present a Cross Cultural Melodious Music Show under the baton of renowned conductor Goh Suk Liang. Collaborating with him on-stage will be a Shanghai-born Erhu virtuoso, Xiyao Chen. She is currently pursuing her Masters Degree at the Shanghai Conservatory of Music.

Themed Melodious Rendezvous, the concert is Scheduled on Saturday, April 4th at 8.00pm, at Chancellor Hall, UT Petronas, Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak.

A press conference is being held in SMK Valdor at 11.00am, 1 April 2009 (today).

Posted by goi goit sim (HEM) at 12:02 AM 0 comments
Tuesday, March 31, 2009


PERTANDINGAN BOLA BALING MSSPP ZON NIBONG TEBAL KATEGORI 15 DAN 18 TKB 2009

Penonton dan penyokong memberi sokongan di bawah cuaca yang panas






Pertandingan yang sengit sedang berlangsung



Guru-guru SMKV yang setia bertugas



SMK VALDOR telah ditugaskan untuk mengelolakan Pertandingan Bola Baling MSSPP Zon Nibong Tebal tahun 2009. Pertandingan bermula pada 31 Mac 2009, 2.30 ptg. Semua sekolah menengah kecuali SMK Mutiara Impian dan SMK Saujana Indah telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Posted by goi goit sim (HEM) at 11:05 PM 0 comments
Labels: majulah sukan untuk negara

Tuesday, March 24, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG 2009

Mesyuarat agung PIBG akan diadakan pada tempat dan masa berikut
Tempat : Dewan SMK Valdor
Masa : 9.00 pagi

Semua ibubapa, penjaga-penjaga dan guru-guru dijemput hadir.
Kehadiran anda akan memeriahkan mesyuarat agung ini.

Friday, March 13, 2009

KEPUTUSAN SPM 2008

Calon-colon SMP 2008 telah mendapat keputusan semalam. Keputusan calon SMK Valdor amat memuaskan dan membanggakan warga sekolah. Sebanyak 4 orang mendapat 10 A, empat orang pelajar mendapat 9A,seorang 8 A dan tiga orang 7 A.

Pelajar-pelajar adalah seperti berikut:

Low Wan Shan, Heah Chee An, Vivian Lim Zher Yee,Lim Xin Yi (10 A),
Tan Kheng Wei, Wang Jin Jian, Tan Jie Ting,Seow Chian Hang (9 A),
Chuah Choon Yang (8A), Louis Cheng Xian Rui,Tan Choon Yang,Chai Yew Leong (7A)
Ng Yen Pheng, Chee Mei Chea, Lee Chai Tiang,Yee Foong Min, Lim Wai Zeng ( 6A),
Song Lee Ming, Lee Chieh Ying,Linggatharani a/p Kesavan, Ng Siew Khee (5A)

Syabas diucapkan kepada pelajar cemerlang.

Tuesday, March 10, 2009

UJIAN KEMAJUAN PERTAMA TAHUN 2009

Ujian kemajuan pertama dijalankan pada minggu ini, iaitu selama tiga hari. Bermula dari 10.3.2009 hingga 12.3.2009. Semua pelajar perlu tekun dan berusaha demi mendapat keputusan yang cemerlang dalam akademik.

Thursday, February 26, 2009

Hari Merentas Desa 2009

Sekolah akan mengadakan Hari Merentas Desa Pada 13 Mei 2009, Jam 7.30 pagi hingga 12.30 petang. Diharap semua pelajar hadir dengan pakaian sukan yang sesuai.

Friday, February 20, 2009

SMK Valdor Johan Dalam Olahraga MSSPP Zon Nibong Tebal

Syabas Kepada Atlit-atlit SMK Valdor!!!

SMK Valdor telah menjadi Johan Kategori Sekolah Menengah dalam acara-acara olahraga di MSSPP Zon Nibong Tebal. Pertandingan tersebut telah berlangsung dari 16 Feb. 2009 hingga 19 Feb.2009 di Stadium Negeri Pulau Pinang , Batu Kawan.

Dengan keputusan yang cemerlang, iaitu 11 emas dalam acara olahraga. Atliti-atlit SMKV
telah mengharumkan nama sekolah dalam arena kokurikulum. Syabas sekali diucapkan kepada warga sekolah.

Friday, January 16, 2009

En. Chuah Cheng Hooi

Pengetua SMK VAldor, Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Keputusan PMR 2008 amat memberangsangkan warga SMK Valdor

Calon-calon yang menduduki PMR 2008 telah mendapat keputusan cemerlang baru-baru ini.

Goh Jia Yong dan Ong Bee Khon mendapat 8 A
Tan ken How, Khor Li Sing, Tan Bee Hoe, Teoh Hui Shu dan Yeoh Phei Zhuin mendapat 7 A
Heng Yeh Tat,Tang For Farn, Teo Jia Yong, Teoh Keah Hong,Tan Teng Teng, Tan Tien Tien, Tan Xin Yi mendapat 6 A
Hung Boon sing, Lau Yu Hang, Ng Wey Zheng,Tan Chee Leong, Beh yen Ming, Chai bBoon Yee, H'ng Ee Joe, Lee Win Win dan Ng Xue Jing mendapat 5 A

Sebanyak 60.2 % calon telah lulus dalam semua matapelajaran. syabas diucapkan kepada semua calon

Selamat Datang Pengetua Baru SMK Valdor

SMK VALDOR amat bertuah kerana kekosongan jawatan Pengetua telah diisi dengan cepat. Pengetua SMK Perlis, Kangar, En. CHUAH CHENG HOOI telah mengisi jawatan ini mulai 16 Disember 2008. Pengetua baru merupakan seorang Pengetua yang berpengalaman.

Beliau mula dilantik sebagai Pengetua pada tahun 2005. Sejak beliau dilantik, beliau telah berusaha untuk menjadi seorang Pengetua yang efektif, kreatif dan inovatif. Beliau juga melaksanakan pelbagai projek dan pembangunan di SMK Perlis yang membawa kepada pembangunan prasarana dan kemudahan sekolah.

Beliau memperkenalkan pintu pagar automatik, sistem CCTV, "Delivery System", Taman Burung dan juga berjaya mengadakan sistem SMS (SCHOOL MANAGEMENT SYSTEM). Sistem SMS ini mepunyai 5 buah modul yang merangkumi Modul Peperiksaan dan Penilaian, Modul Pentadbiran Sekolah, Modul Ko-Kurikulum, Modul Disiplin dan Modul Perpustakaan.

Kata-kata beliau; "... Bagi saya, wajah sekolah adalah wajah pengetua dan selagi amanah serta tanggungjawab terpikul di bahu ini, maka amanah itu akan dilaksanakan tanpa mengira kaum dan agama demi kepentingan pelajar-pelajar, keluarga, masyarakat dan negara."

Syabas! Tahniah kepada Pengetua yang berjaya membawa pembangunan kepada sekolah lama beliau.

Sebagai warga SMK Valdor saya berasa bersyukur kerana kita menerima seorang Pengetua yang begitu komited terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Dengan kebijaksanaan Pengetua baru, wajah SMK Valdor pasti berubah.




Posted by goi goit sim (HEM) at 1:21 AM 0 comments
Labels: PENGETUA BARU MEMBERI NAFAS BARU