BLOG RASMI SMK VALDOR

BLOG RASMI SMK VALDOR

Friday, January 16, 2009

En. Chuah Cheng Hooi

Pengetua SMK VAldor, Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Keputusan PMR 2008 amat memberangsangkan warga SMK Valdor

Calon-calon yang menduduki PMR 2008 telah mendapat keputusan cemerlang baru-baru ini.

Goh Jia Yong dan Ong Bee Khon mendapat 8 A
Tan ken How, Khor Li Sing, Tan Bee Hoe, Teoh Hui Shu dan Yeoh Phei Zhuin mendapat 7 A
Heng Yeh Tat,Tang For Farn, Teo Jia Yong, Teoh Keah Hong,Tan Teng Teng, Tan Tien Tien, Tan Xin Yi mendapat 6 A
Hung Boon sing, Lau Yu Hang, Ng Wey Zheng,Tan Chee Leong, Beh yen Ming, Chai bBoon Yee, H'ng Ee Joe, Lee Win Win dan Ng Xue Jing mendapat 5 A

Sebanyak 60.2 % calon telah lulus dalam semua matapelajaran. syabas diucapkan kepada semua calon

Selamat Datang Pengetua Baru SMK Valdor

SMK VALDOR amat bertuah kerana kekosongan jawatan Pengetua telah diisi dengan cepat. Pengetua SMK Perlis, Kangar, En. CHUAH CHENG HOOI telah mengisi jawatan ini mulai 16 Disember 2008. Pengetua baru merupakan seorang Pengetua yang berpengalaman.

Beliau mula dilantik sebagai Pengetua pada tahun 2005. Sejak beliau dilantik, beliau telah berusaha untuk menjadi seorang Pengetua yang efektif, kreatif dan inovatif. Beliau juga melaksanakan pelbagai projek dan pembangunan di SMK Perlis yang membawa kepada pembangunan prasarana dan kemudahan sekolah.

Beliau memperkenalkan pintu pagar automatik, sistem CCTV, "Delivery System", Taman Burung dan juga berjaya mengadakan sistem SMS (SCHOOL MANAGEMENT SYSTEM). Sistem SMS ini mepunyai 5 buah modul yang merangkumi Modul Peperiksaan dan Penilaian, Modul Pentadbiran Sekolah, Modul Ko-Kurikulum, Modul Disiplin dan Modul Perpustakaan.

Kata-kata beliau; "... Bagi saya, wajah sekolah adalah wajah pengetua dan selagi amanah serta tanggungjawab terpikul di bahu ini, maka amanah itu akan dilaksanakan tanpa mengira kaum dan agama demi kepentingan pelajar-pelajar, keluarga, masyarakat dan negara."

Syabas! Tahniah kepada Pengetua yang berjaya membawa pembangunan kepada sekolah lama beliau.

Sebagai warga SMK Valdor saya berasa bersyukur kerana kita menerima seorang Pengetua yang begitu komited terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Dengan kebijaksanaan Pengetua baru, wajah SMK Valdor pasti berubah.




Posted by goi goit sim (HEM) at 1:21 AM 0 comments
Labels: PENGETUA BARU MEMBERI NAFAS BARU