BLOG RASMI SMK VALDOR

BLOG RASMI SMK VALDOR

Sunday, October 24, 2010

Penghargaan dan Terima Kasih Kepada Semua Penaja dan Dermawan Hari Kantin 2010










Hari kantin 2010 telah berjaya dijalankan pada pagi ini. Pihak sekolah amat gembira dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Semua penaja dan Dermawan Hari Kantin 2010.

Kecemerlangan Hari Kantin 2010










Monday, September 20, 2010

Hari Kantin SMK Valdor 2010

Pihak sekolah akan menjalankan aktiviti Hari Kantin pada tarikh dan masa berikut:
Tarikh :23 Oktober 2010
Masa :8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Kantin SMK Valdor dan Dewan Sekolah

Aktiviti Hari Kantin ini adalah anjuran Bersama PIBG sekolah. Tujuan aktiviti diadakan untuk memungut derma daripada pihak warga ibubapa dan orang ramai.
Kesemua derma ini akan digunakan untuk kebajian pelajar di SMK Valdor.

Hulurkan derma dan kerjasama kepada pihak sekolah. Kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Saturday, August 7, 2010

Peperiksaan Percubaan PMR

Peperiksan Percubaan PMR akan dijalankan pada:
18 - 25.8.2010

Monday, July 19, 2010

Ujian Kemajuan Ke-2 Tahun 2010

UJIAN KEMAJUAN 2

Ujian Kemajuan 2 akan dijalankan pada tarikh berikut:

20-22/7/2010:Tingkatan 3 & 5

24-26/8/2010:Peralihan, Tingkatan 1, 2 & 4

Harap maklum.

Thursday, July 8, 2010

Tuesday, July 6, 2010

Majlis Perjumpaan Waris pelajar Dengan Guru 2010

Satu Majlis Perjumpaan Waris Pelajar Dengan Guru 2010 akan dijalankan pada hari dan masa berikut:

Tarikh : 8.7.2010 (hari Khamis)

Masa : 10.50 pg hingga 1.10 ptg ( untuk waris pelajar sesi pagi)

1.20 petang hingga 3.20 petang (untuk waris pelajar sesi petang)

Semua ibubapa/waris dijemput hadir diri pada masa yang ditetapkan seperti di atas untuk mengetahui dan prihatin perkembangan persekolahan anak/anak jagaan tuan.

Kehadiran tuan/puan akan membawa perkembangan yang positif terhadap anak/anak jagaan tuan.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, June 2, 2010

Rombongan Lawatan Sambil Belajar dari Yu Hua Secondary School, Singapore

Satu rombongan pelajar dan guru dari Yu Hua Secondary School, Singapore telah melawat ke SMK Valdor pada hari ini

Rombongan ini terdiri daripada guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah tersebut. Mereka berada di sekolah pada 2.30 petang hingga 6.00 petang hari ini.

Tujuan lawatan ini adalah pertemuan dua hala antara guru dan pelajar dalam semua bidang, termasuk kebudayaan, pengurusan sekolah dan perhubungan antara sekolah .

Pihak sekolah telah meyediakan pelbagai aktivit untuk ini,persembahan Hua Yue,Persembahan Veena dan Pameran Hasil kerja Pelajar di bilik MPV, KH dan sebagainya.

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan mereka.

Monday, May 3, 2010

Selamat Datang Pengetua Baru, En Teoh Piah Teik



SELAMAT DATANG EN. TEOH PIAH TEIK

En Teoh Piah Teik , Pengetua baru SMK Valdor. En Teoh telah ditugaskan di sekolah ini untuk menggantikan tempat yang dikosongkan oleh En Chuah Cheng Hooi . Untuk pengetahuan semua, En Chuah telah ditugaskan di SMK Bukit Mertajam.

Pagi ini, En Teoh juga melancarkam Minggua Sahsiah SMK Valdor Tahun 2010 Kali Ke-7. Beliau menyampaikan Anugerah Pelajar Sahsiah Diri Terpuji kepada dua pelajar.

Friday, April 30, 2010

Majlis Perpisahan Pengetua


Majlis Perpisahan dengan Pengetua, En Chuah Cheng Hooi telah dijalankan dalam suasana meriah, penuh kenangan dan sambutan baik daripada barisan pentadbir,guru-guru dan pelajar.

Majlis ini dijalankan di Tapak Perhimpunan pada 7.30 pagi tadi. Pihak PIBG sekolah, yang diwakili oleh En. Ng Chin Lim dam Choo Siew Hin turut bersama dalam majlis ini.
Pihak sekolah, diwakili oleh Pn Goi Goit Sim, mengucapkan terima kasih kepada En Chuah yang banyak membawa kemajuan dan pembangunan kepada sekolah. Ucapan terima kasih juga disampaikan oleh Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan sekolah,Cik Sazni dan Ketua Pelajar,sdr Chang Jia Yun.

Jasamu diingati oleh semua warga sekolah.

Monday, April 19, 2010

Public Speaking Competition S.P.S






Pertandingan tersebut telah dijalankan di Dewan SMK Valdor pada 15 April 2010 yang lepas. Sebanyak 15 buah sekolah di bawah PPD Selatan menyertai Pertandingan ini.
Tahniah kepada para pemenang dan Guru-guru SMK Valdor sebagai Penganjur Pertandingan ini.

AKtiviti Persatuan Agama Buddha SMK Valdor

Persatuan Agama Buddha SMK Valdor yang diketuai oleh guru penasihat Cik Lim Phaik Har, telah menyertai Pertandingan Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tarikh dan masa dan tempat berikut:
Acara: 1. Pertandingan Penulisan Sutra Agama Buddha (pena pen) Peringkat Negeri
Pulau Pinang
2. Pertandingan Penulisan Sutra Agama Buddha (Chinese Brush)Peringkat
Negeri Pulau Pinang
Tarikh: 18hb April 2010 (Ahad)
Tempat: SJK Phor Tay, Pulau Pinang
Bil. Peserta : 40 orang
Masa : 8.00 pagi- 4.00 ptg
Tahniah diucapkan kepada semua peserta.

Tuesday, March 30, 2010

Detik Bersejarah Untuk Sekolah


Majlis Pelancaran EDMS SMK Valdor telah berjaya disempurnakan pada 27 Mac 2010 oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan, Tuan Hj Mohd Zaki bin Hj Harun


Majils mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan PPD Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Temasya Sukan Tahunan 2010

Temasya Sukan Tahunan 2010 akan diadakan pada tarikh,masa dan tempat berikut:


Tarikh: 3.4.2010
Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 ptg
Tempat : Padang Besar SMK Valdor

DIJEMPUT SEMUA IBUBAPA DATANG MENYOKONG ANAK-ANAK DAN MENYERIKAN SUASANA TEMASYA INI.

Wednesday, March 24, 2010

Mesyuarat Agung PIBG SMK VALDOR 2010 Dan Majlis Pelancaran EDMS SMK Valdor

Mesyuarat Agung akan diadakan pada tarikh dan masa berikut:
Tarikh : 27 Mac 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Dewan SMK Valdor

Semua ibubapa, penjaga dan guru-guru SMK Valdor dialu-alukan untuk datang menyerikan majlis ini.

Monday, March 1, 2010

Ujian Kemajuan Pertama

Ujian Kemajuan 1 akan diadakan seperti tarikh dan masa berikut:
Tarikh: 2.3.2010 hingga 4.3.2010
Masa: Waktu Persekolahan
Ujian ini bermula esok, diharapkan semua pelajar bersedia untuk menduduki ujian ini dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Selamat Maju Jaya

Friday, February 12, 2010

SELAMAT BERCUTI


Sekolah akan bercuti pada 13.2.2010 sehingga 21.2.2010.

Perayaaan Tahun Baru Cina akan bermu1a pada 14.2.2010 dan 15.2.2010.

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pelajar dan guru-guru yang meraikan perayaan ini, dan ucapan Selamat Bercuti kepada semua warga sekolah.

Saturday, January 23, 2010

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

Pentaksiran

(a) Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.

(b) Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehinggan tahun 2013.

(c) Peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015

Saturday, January 9, 2010

Kursus EDMS 2010: Pengenalan Modul Kokurikulum






Tempat : Makmal Komputer 1 SMK Valdor
Masa : 8.00 am hingga 12.30 petang

ALWAYS DOING BETTER

Monday, January 4, 2010

Kecemerlangan PMR 2009

Pelajar-pelajar yang cemerlang dalam PMR 2009 adalah seperti berikut:
1. 8A : Chang jia Yun, Ching Jia Jun, Lai Ming Chuan, Lee Chun Lin,Seah Jia Qian, Tan Chung Wei, Tan Kee Phang, Ong Yang Chyi, Tan Jey Hooi .
2. 7A : Vidyarubban a/l Kesavan , Roshenee a/p Gunusagaran, Tan Kok Teng, Chang Ke Xin, Chow Ching Yong, Khoo Joe Sing, Tan Khai Shin.
3. 6A : Lim Chia Yang, Lim Wei Kheng, Lo Boon Hau, Yew Pei San.
4. 5A : Wang Hong Chee, Poh Huoy Tyan, Tang Kai Yuan, Heng Shin Hui, Tharani a/p Kannan

Syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam PMR.