BLOG RASMI SMK VALDOR

BLOG RASMI SMK VALDOR

Tuesday, November 29, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2012

Hari Pendaftaran Pelajar Baru 2012 akan dijalankan pada tarikh, masa dan tempat berikut:

Tarikh : 15 Disember 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Dewan Sekolah

Para waris/ibubapa diminta hadir ke sekolah bersama dengan anak yang berkenaan.

Pengumunan ini daripada Penolong Kanan Hem, En Heng secara rasminnya.

Friday, November 11, 2011

MESYUARAT GURU

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,

Mesyuarat guru akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 12 November 2011
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik mesyuarat

Semua guru diminta hadir. Terima kasih.

Penggunaan ICT dalam Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Warga Pendidik dan Staf SMK Valdor yang disayangi,

Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran akan menggunakan kemudahan ICT untuk sebaran maklumat terkini kepada semua warga sekolah melalui emel, blog rasmi SMK Valdor DAN/ATAU EDMS.

Langkah ini adalah untuk memelihara sumber alam (menjimatkan penggunaan kertas pendua), sumber manusia dan lain-lain, membolehkan sebaran maklumat dengan lebih pantas dan meluas, dan seterusnya menggalakkan / meningkatkan penggunaan ICT di kalangan warga sekolah.

Tuan-tuan diminta membiasakan diri untuk semak maklumat terkini melalui emel sendiri / blog sekolah dan EDMS.



"ICT Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Sekolah"


Sekian, terima kasih.