BLOG RASMI SMK VALDOR

BLOG RASMI SMK VALDOR

Thursday, November 8, 2012

Thursday, October 4, 2012

FROG VLE SMK VALDOR

Panduan untuk menggunakan dan mencipta Laman Pentadbiran, guru dan pelajar dalam Frog  VLE SMK VALDOR (https://pea4002.1bestarinet.net), Sila merujuk  bahan video serta Training Guides TERBARU di laman -laman berikut.




Setiap murid perlu diberi kemahiran dan pengetahuan untuk menghadapi dunia berteknologi canggih masa kini.Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet.
Bagaimana komponen penyelesaian pendidikan ini dijalankan secara bersepadu?
Di Kawasan Sekolah: Akses dan Keselamatan
Sekolah-sekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan akses ke VLE yang bertaraf dunia. Ini merupakan sumbangan progresif ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah. Kandungan Internet juga ditapis secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat, di mana akses murid ke laman web berunsur negatif akan disekat. Hanya laman web ilmiah yang disahkan oleh KPM akan disenarai putih dan dibenarkan melepasi tapisan kandungan.
Di Luar Kawasan Sekolah: Fleksibiliti dan Mobiliti
Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah. Fail dan data yang disimpan di cloud boleh diakses dimana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan capaian Internet. Malah, pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log masuk dari rangkaian Yes dengan ID log masuk VLE. Samada menggunakan rangkaian Yes atau Yes Hotspot tiada caj yang dikenakan bagi penggunaan VLE.
 

Saturday, September 8, 2012

Friday, August 10, 2012

UJIAN KEMAJUAN KE- 2 TAHUN 2012

Ujian kemajuan kali ke dua akan dijalankan pada tarikh, masa seperti berikut: Taikh: 13 Ogos 2012 Masa: Sila rujuk jadual peperiksaan yang telah diedarkan Semua pelajar Tingkatan 2 dan 4 akan terlibat dalam ujiam tersebut. Cuti sekolah akan bermula pada 17 Ogos2012 hingga 26 Ogos 2012.

Tuesday, August 7, 2012

Sekolah Penyayang

Konsep sekolah penyayang bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa. Konsep sekolah penyayang juga bermatlamat melahirkan individu yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku.
Sekolah Penyayang jika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk membendung masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah. Sebagaimana diketahui umum, kes pelanggaran disiplin di sekolah biasanya berkisar dari masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti diambil untuk menarik kembali para murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan sayang untuk meninggalkan kawasan sekolah serta tertunggu-tunggu untuk datang semula esoknya.

Wednesday, July 18, 2012

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55










Sekolah telah mula meraikan Bulan Kemerdekaan Malaysia Tahun 2012 pada 17 Julai 2012 dan akan berakhir pada 16 September 2012. Pelbagai acara dan pertandingan akan dijalankan oleh Panitia Sejarah di dalam sekolah untuk menyambut kemerdekaan Malaysia yang  ke 55 ini.

Friday, June 22, 2012

PERISTIWA DAN PROGRAM DI SEKOLAH 2012

PROGRAM MENTOR MENTEE -MAJLIS PERJUMPAAN KALI PERTAMA



MINGGU SAHSIAH SEKOLAH